Kita kini hidup pada zaman dimana media sosial selalu menjadi platform pilihan untuk para peniaga/usahawan, sebab ianya lebih mudah untuk mencapai kumpulan sasaran. Hingga ramai yang tidak sedar kepentingan mempunyai website untuk para peniaga industri kecil. Terdapat pelbagai cara website dapat menyumbang dalam perngiagaan anda, antaranya:
Mengukuhkan Kewujudan Bisnes Anda
Website dapat mewujudkan kehadian bisnes anda secara atas talian. Ini penting sebab ramai pelanggan berpontensi yang menggunakan internet untuk mencari produk serta servis yang diperlukan.
Mencapai pengguna sasaran yang lebih besar
Melalui website, para pelanggan boleh mendapatkan maklumat mengenai perniagaan anda pada bila-bila masa & di mana sahaja mereka berada. Kebolehcapaian ini dapat menarik pelanggan baru yang mungkin mencari perkhidmatan diperlukan pada luar waktu pejabat.
Meningkatkan hubungan dengan para pelanggan
Menggalakkan pelanggan yang berpuas hati untuk meninggalkan ulasan pada website anda. Ulasan yang positif dapat membantu dalam membina kepercayaan pelanggan serta menarik pelanggan berpotensi untuk menggunakan berkhidmatan/ membeli daripada anda.
Membantu untuk kekal berdaya saing
Melalui website, ia membolehkan anda mencapai sasaran yang lebih luas, menyesuaikan perniagaan anda dengan perubahan pasaran, dan memasarkan produk atau perkhidmatan anda secara lebih efektif. Ini penting dalam membantu peniaga industri kecil untuk kekal berdaya saing melalui pelbagai cara seperti jualan secara atas talian, mencapai pelanggan sasaran dari dalam dan luar negara serta integrasi perniagaan anda antara website dengan media sosial.
Mewujudkan kehadiran anda secara atas talian & membina jenama anda
Website yang profesional membina kepercayaan para pelanggan terhadap perniagaan anda. Ia juga berfungsi sebagai platform digital yang membina imej profesional anda dimata para pelanggan.
Membantu untuk mencapai matlamat perniagaan anda
Website merupakan ‘tool’ serba boleh dan berguna yang dapat membantu dalam mencapai matlamat perniagaan anda. Tak kira lah apa saja fokus anda, samada fokus dari segi jualan, pengumpulan data, penjenamaan, atau pengembangan pasaran, semuanya dapat dicapai melalui website yang digunakan dengan baik.
Ini menunjukkan bahawa website masih lagi relevan untuk digunakan. Masih ada kepentingan website untuk peniaga industri kecil. Saya sendiri pun selalu mencari website untuk sesuatu jenama/ syarikat melalui internet untuk memastikan samada ianya boleh dipercayai atau tidak.
Anda boleh terus hubungi saya jika ada sebarang pertanyaa. Saya menyediakan sesi rundingan PERCUMA berkaitan website untuk para peniaga industri kecil & sederhana.